Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat
melalui perkataannya. - Saidina Ali bin Abi Thalib
.
.
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang
dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan
dosa yang dilakukan akan terus kekal. -Saidina Ali bin Abi Thalib.
.
.
Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan. - Saidina Ali bin Abi Thalib.
.
.
.Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklah
gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah - Saidina Ali bin Abi Thalib
.
.
.
Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-orang yang bersifat zalim - Saidina
Umar bin Al-Khatab.
.
.
.Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya -Khalifah Ali bin Abi Talib
.
.
.
Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah pula bahawa Allah lebih berkuasa
membalasnya -Saidina Umar bin Al-Khatab.
.
.
.
.
Saidina Ali berkata: �Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga
kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah :
1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Tuhanmu.
2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.
3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.
4.Hendaklah orang yang alim berkata : �Aku tidak tahu, � apabila dia memang tidak tahu..
.
.
.
Saidina Abu Bakar r.a berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang
membinasakan, iaitu:
� Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
� Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
� Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
� Adakalanya harta itu akan dicuri and dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna .
.
.
.Saidina Umar bin Al-Khatab r.a. berkata :
� Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
� Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
� Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
� Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar