Rabu, 21 Januari 2015

Kata mutiara john 2

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah
berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala
kebencian membawa kepada kemusnahan.
( Mahatma Ghandi)
.
.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk
mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping
hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita
mencarinya. Itulah namanya Cinta.
.
.
.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,"
Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu
pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan
seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."
.
.
.Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil
berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi
kita.
.
.
.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu
berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup
matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal
dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
.
.
.Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu
berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup
matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal
dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
.
.
.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali
menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya
lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
.
.
.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan
mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta
bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat
(Hamka)
.
.
.Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi
sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
.
.
.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan
adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu
kepadanya.
.

.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting
sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu
terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Kata mutiara indah cah klaten

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu

kerja dan bukannya usia.
(Richard Brinsley Sheridan)
.
.
.
Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah �
(Rahmohan Ghandi )
.
.
.
Tentang Waktu
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda

yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak

istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju

kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan

hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa

berarti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
.
.Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang

sama tidak boleh menipu semua
orang pada masa yang sama
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam

di malam yang amat kelam.
Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari

adab dan pertanyaannya, bukan
dari jawaban-jawabannya
(Voltaire )
.
.
.
.
Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua

empuknya pasir itu
(Pepatah Arab )
.
.
.
.Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
(Lao Tze)
.
.
.
Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)
.
.
.Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya

kerana di situ tanda kita gembira
melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia
Orang yang berkhianat selalu terhina.
Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan

kepada orang lain tanpa kamu
sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya
(Emerson)
.
.
.
.
Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.
Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya,

menjadi pemandu untuk nafsunya dan
menjadi kapten untuk bahtera hidupnya
(Saidina Ali )
.
.
.
.Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya

tidak singgah ke pelabuhan
Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib

menaruh perasaan malu akan dirinya
terlebih dahulu
(Aflatun )

Pesan kata mutiara koleksi john klaten

Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
� Hatinya selalu berniat suci
� Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
� Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
� Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
� Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
.

.
.
Saidina Ali r.a berkata :
� Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
� Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
� Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
� Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri & hati-hati dari dosa).
� Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
� Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
� Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
� Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa
yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati.
.
.
.Semua perangai tercela ditempatkan dalam sebuah rumah, dan kunci rumah itu adalah ketidak jujuran. -Imam Hasan Al-
Askari
.
.
.Islam memiliki dinding dan pintu yang kuat. Dinding Islam ialah kebenaran dan pintunya ialah keadilan.
Islam akan tetap jaya, selama penguasa-penguasa bersikap keras dan tegas, tetapi itu dilakukan tidak bererti mesti dengan
pedang dan cemeti, melainkan dengan hak dan keadilan.
-Said bin Suwaid
.
.
.
Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niyt yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.
-Al-Ahnaf bin Qais

.
.
.
Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah) anggota tubuh
daripada beribadah - Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.
.
.
.
.
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara
semuanya :
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat
menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
.
.
.
.Hatim Azzahid berkata : 4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara
1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua
2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala
3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit
4) Hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati
.
.
.
.
Kamu menutup pintumu dan menurunkan tabirmu dan berasa malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Al-Quran yang
ada di dadamu dan tidak malu kepada Allah yang Maha Besar yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dariNya. - Al
Fudhail bin Iyaadh
.
.
.Orang yang tidur mesti dikejutkan, orang yang lupa mesti diperingatkan. Sesiapa yang tidak pernah mendapat nasihat dan
peringatan maka dia sebenarnya telah mati. Peringatan itu begitu bermanfaat buat sesiapa yang menerima dengan hati yang
mempunyai ciri-ciri " Dan tidak diberi peringatan melainkan sesiapa yang segera bertaubat.-Imam Abdullah bin Alwi al-
Haddad al-Husaini

Pesan mutiara sms

Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat
melalui perkataannya. - Saidina Ali bin Abi Thalib

.
.
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang
dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan
dosa yang dilakukan akan terus kekal. -Saidina Ali bin Abi Thalib.

.
.
Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan. - Saidina Ali bin Abi Thalib.
.
.
.Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklah
gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah - Saidina Ali bin Abi Thalib
.
.
.
Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat. - Saidina Ali bin Abi Thalib
Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-orang yang bersifat zalim - Saidina
Umar bin Al-Khatab.
.
.
.Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya -Khalifah Ali bin Abi Talib
.
.
.
Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah pula bahawa Allah lebih berkuasa
membalasnya -Saidina Umar bin Al-Khatab.
.
.
.
.
Saidina Ali berkata: �Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga
kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah :
1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Tuhanmu.
2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.
3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.
4.Hendaklah orang yang alim berkata : �Aku tidak tahu, � apabila dia memang tidak tahu..
.

.
.
Saidina Abu Bakar r.a berkata : Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang
membinasakan, iaitu:
� Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
� Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
� Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
� Adakalanya harta itu akan dicuri and dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna .
.
.
.Saidina Umar bin Al-Khatab r.a. berkata :
� Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
� Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
� Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
� Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Sms kata mutiara

Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang
yang berani -Khalifah Ali bin Abi Talib.
.
.
Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi
orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq
.
.
.Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri
dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik. - Saidina Ali bin Abi Thalib
.
.
Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang
menyangka buruk kepadanya -Saidina Umar al-Khattab
.
.
.Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika
berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat - Khalifah Abdul Malik bin Marwan.
.
.
.
.
Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan - Saidina Ali bin Abi Thalib
Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat -Saidina Umar bin Al-Khatab.
.
.
.
Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka
terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya (yang berilmu juga) -Saidina Ali bin Abi Talib.
.
.
.Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka
terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya (yang berilmu juga) -Saidina Ali bin Abi Talib
.
.
.
.
Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya. -Saidina Umar bin Al-Khatab

.
.
.
.Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum
mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan
lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada
mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain. - Saidina Ali bin Abi Thalib
.
.
.
Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah- Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah
sabar dan kunci penyelaknya adalah malas - Saidina Ali bin Abi Thalib

Puisi indah untuk pacar

http://wp.me/p5zfP5-2A <<<klik disini

Kata indah kata mutiara cinta romantis

http://wp.me/p5zfP5-2J klik di sini